Thursday, May 8, 2014

Faedah Menabung

Bismillahirrahmanirrahim..

Menabung adalah salah satu teknik untuk menjaga kewangan. Aktiviti ini mestilah dipupuk sejak kecil lagi sehingga hari ini. Kebanyakan daripada mengalami masalah kewangan kerana tidak menabung.

Jadi, mengapa kita perlu menabung?

Jika kita menabung, masa depan kita akan lebih terjamin. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kita. Mungkin suatu masa nanti kita akan sakit, kemalangan, bisnes jatuh dan lain-lain. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Oleh itu, jadikan amalan menabung ini seperti sediakan payung sebelum hujan.

Amalan ini juga memupuk nilai berjimat-cermat dalam diri kita. Jika kita tidak berjimat-cermat, tidak hairanlah walaupun kita ada wang RM1 juta lesap dalam sekelip mata. Jangan tanya kenapa, tahu-tahu sudah tidak ada.

Dan yang baiknya, menabung menguntungkan kita. Apabila kita menabung seterusnya simpan wang tersebut dalam mana-mana bank, kita pasti akan dapat faedahnya walaupun sedikit.

Jadi, tidak hairanlah yang miskin jadi kaya, yang kaya jadi miskin hanya kerana letaknya amalan menabung dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment