Saturday, May 17, 2014

Amalan Bebas Hutang

Ko dah baca 'Tips Bebas Hutang'. Ni pulak saya nak bagi amalan bebas hutang khas untuk umat Islam. Maklumlah kita hidup ni mengikut kehandak Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha tapi Dia yang menentukan.



1. Baca doa ni 3 kali pagi dan petang. Baca bahasa melayu pu tak apa. Yang penting kita faham.

  Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kefakiran, dan aku berlindung kepadaMu dari himpitan hutang dan paksaan orang.

2. Baca Al-Fatihah 300 kali
   Laa hawl walaa quwwata illaa billahil aliyyil azhim 41 kali
   Kemudian berdoa kepada Allah

3. Banyakkan bersedekah. Bersedekahlah kerana Allah. InsyaAllah Allah akan balas kita sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada berapa banyak yang kita sedekahkan.

4. Istigfar 1000 kali sehari. Mungkin rezeki kita tidak berkat dengan banyaknya dosa yang kita lakukan.

Amalan tu korang boleh amalkan sikit-sikit. InsyaAllah hutang korang akan langsai dan jiwa akan berasa lebih tenang.

Tips Bebas Hutang

Bila dah berhutang mesti hidup rasa tidak tenang. Tidur tak cukup, mandi tak basah, makan tak kenyang. Mana taknya bila hutang dah serabut menguasai diri. Kalau ada sesiapa yang suka ada hutang banyak dengan gembiranya berkata "Yeah..aku banyak hutang"..sambil melompat-lompat, penampor jugak aku bagi.



Baiklah..Tips pertama ialah hidup bawah kemampuan. Kalau dah tak mampu tu buat je macam tak mampu. Bila tengok orang lain ada kereta, rumah besar tu sabar je la. Tak payah nak ikut turut beli yang besar-besar jugak Nantikan tak pasal-pasal makan diri sendiri.

Kedua, simpan sikit daripada pendapatan ko tu. Jangan pulak sekali dapat gaji hari u jugak terus habis. Simpan la sikit sekurang-kurangnya RM1 sehari ke. Ada  la jugak daripada tak ada langsung.

Ketiga, bila ko nak beli sesuatu barang tu , ko beli secara tunai. Simpan dulu cukup-cukup baru beli, lepas tu tak payah lagi fikir nak bayar apa-apa. Tak payah berhutang. Sekali lagi saya nak tekankan supaya SABAR.. Kumpul duit sikit-sikit baru beli.

Keempat, bunyi macam larangan sikit. Jangan hutang dengan Ahlong. Kenapa?? Buat rugi je..Rugi kecil tak apa, ni boleh naik 2-3 kali ganda daripada berapa yang ko hutang tu. Kalau macam ni nak bayar pun susah. Silap-silap ko tak bayar hutang, nyawa ko dan keluarga ko jadi taruhan.

Akhir sekali, utamakan bayar hutang. Sedar-sedarlah sikit bila ko ada hutang tu. Bayar hutang dulu. Nanti makin banyak pulak bunga yang ko perlu bayar. Kalau rasa rajin, kerja lebih sikit. Kata nak bebas hutang, kalau ko tak bayar hutang sampai bila tak selesai hutang ko tu.

Tu je la yang saya tahu. Semoga tips tersebut bermanfaat untuk ko.

Wednesday, May 14, 2014

Tips Kewangan

Bismillahirrahmanirrahim,

Sekali-sekala mesti belajar jugak ilmu kewangan ni.. Barulah hidup rasa lebih selesa. Taklah sampai lesap je duit tu.

Ok..

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah buat cacatan perbelanjaan harian. Berapa yang yang anda belanja sehari. Pastikan anda tulis dengan jelas satu persatu.

Lepas tu, simpan pendapatan anda 10-20%. Wang ni anda boleh simpan dalam bank untuk digunakan sewaktu kecemasan nanti.

Kalau nak jimat, kurangkan atau elakkan terus makan luar. Masak sendiri. Lebih jimat dan makanan dijamin bersih. Bawa bekal untuk makan diluar..

Selain itu, jaga harta anda. Kalau anda tak reti-reti nak jaga harta tu, tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin harta tu mudah rosak, dan anda terpaksa keluarkan duit untuk repair benda tu.

Then, walaupun korang hanya ada 10 sen, jangan pulak buang duit tu. Simpan dalam tabung. Saya pun dulu macam tu juga , 10 sen tu macam tak berharga pada kitakan. Tapi, kalau kita ada 100 keping syiling 10 sen, kan dah dapat RM10.00. 


Selamat beramal.

Tuesday, May 13, 2014

Teknik Menabung Berkesan tanpa Sedar

Ingat masa zaman kecik-kecik dulu ayah saya belikan satu tabung besar yang diperbuat daripada kertas. Penuh dengan duit syiling.



Baiklah, bagaimana nak menabung ni??

1. Simpan duit pada awal bulan. Simpan awal-awal dan jangan keluarkan lagi. Kalau simpan hujung bulan nantikan tak pasal-pasal tinggal RM1.00 jew. Simpan 10% daripada pendapatan anda.

2. Beli hanya guna duit kertas. Contohnya anda beli air milo ais yang berharga RM1.60, jadi anda perlu bayar RM2.00. Bakinya tu (duit syiling) anda simpan dalam tabung. Tahu-tahu jew dah penuh duit syiling dalam tabung tu.

3. Jangan guna kad kredit. Jadi taklah rugi sangat kalau asyik bayar faedah jew. Kan rugi tu.

Thursday, May 8, 2014

Faedah Menabung

Bismillahirrahmanirrahim..

Menabung adalah salah satu teknik untuk menjaga kewangan. Aktiviti ini mestilah dipupuk sejak kecil lagi sehingga hari ini. Kebanyakan daripada mengalami masalah kewangan kerana tidak menabung.

Jadi, mengapa kita perlu menabung?

Jika kita menabung, masa depan kita akan lebih terjamin. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kita. Mungkin suatu masa nanti kita akan sakit, kemalangan, bisnes jatuh dan lain-lain. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Oleh itu, jadikan amalan menabung ini seperti sediakan payung sebelum hujan.

Amalan ini juga memupuk nilai berjimat-cermat dalam diri kita. Jika kita tidak berjimat-cermat, tidak hairanlah walaupun kita ada wang RM1 juta lesap dalam sekelip mata. Jangan tanya kenapa, tahu-tahu sudah tidak ada.

Dan yang baiknya, menabung menguntungkan kita. Apabila kita menabung seterusnya simpan wang tersebut dalam mana-mana bank, kita pasti akan dapat faedahnya walaupun sedikit.

Jadi, tidak hairanlah yang miskin jadi kaya, yang kaya jadi miskin hanya kerana letaknya amalan menabung dalam diri mereka.